MUQADDIMAH “Sesiapa yang membaca Al-Quran dan menghafalnya dengan sempurna, lalu menghalalkan perkara yang halal dan mengharamkan perkara yang haram maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan diberi keizinan untuk memberikan syafaat kepada sepuluh orang ahli keluarganya yang telah pasti masuk neraka.” (Hadith) Gelombang kebangkitan Islam akhir-akhir ini telah berjaya merobah pemikiran umat Islam dan menyedarkan mereka tentang peri pentingnya kembali kepada sistem pendidikan alternatif, iaitu sistem pendidikan Islam yang sepadu dan seimbang, sesuai dengan keperluan duniawi dan ukhrawi. Sistem sebegini sebenarnya telah dipelopori oleh generasi silam dan terbukti mampu melahirkan tokoh-tokoh agung di persada sejarah Islam. Nama-nama seperti Al-Imam As-Syafi’i (feqah), Ibnu Zuhr (perubatan), Ibnu Sina (falsafah & perubatan) dan Al-Khawarizmi (matematik & astronomi) adalah ilmuan-ilmuan dan cendekiawan-cendekiawan Islam yang mengamalkan tradisi menghafal al-Quran dan mendalami pelbagai ilmu naqli dan ‘aqli, agama dan profesional.

Monday, November 14, 2011

Pelan Pembangunan Maahad Tahfiz Pulau Tawar



Maahad Tahfiz Pulau Tawar akan didirikan di atas tanah yang akan diwakafkan oleh anak-anak Pulau Tawar . Anak-Anak Pulau Tawar akan mengumpul wang dan membeli sebidang tanah seluas 6 ekar untuk dijadikan Maahad ini . Maahad ini akan ada mempunyai kelas , dewan tahfiz , padang mainan , asrama lelaki dan perempuan , rumah guru , dewan makan , bangunan pejabat yang boleh menampung sehingga 600 orang pelajar pada satu-satu masa.

Fasa 1 : Mengumpul duit untuk membeli tanah

Fasa 2 : Menyiapkan masterplan pembangunan Maahad .

Fasa 3 : Membangunkan Maahad secara berperingkat

Maahad ini akan kelola oleh sebuah Yayasan yang akan dianggotai oleh 10 orang ahli lembaga pengarah.

Segala urusan pengumpulan dana dan pembangunan Maahad ini akan diuruskan oleh Yayasan Maahad Tahfiz Pulau Tawar

Mahhad yang telah siap dibina akan diuruskan oleh pasukan pengurusan yang diketuai oleh Mudir dan dipantau oleh Yayasan.

Adakah anda Anak-Anak Pulau Tawar bersedia untuk menyahut cabaran ini ???????

Kos Tanah : 6 x RM40k = RM240,000.00

Kos Masterplan = RM50,000

Kos Pembangunan = RM2 JUTA